Thursday 5 July 2012

DEFINISI DAN PERANAN PEMASARAN













Pelajar-pelajar ku...

Assalamualaikum wbt :) 
kali ini saya ingin bercerita tentang pelajar-pelajar saya 
di kelas Pra - U 1& 2 ^^
Pelajar Pra-U 2 ada 5 orang , 
mereka akan menghadapi STPM tahun ini .
ini gambar-gambar mereka :) 

Azz , Ara , Mimie , Ezah dan Hanie ^^

mereka ini kekurangan kasih sayang sikit .
maklumlah duduk di asrama :) 
Untuk  mata pelajaran PP, mereka perlu berusaha bertingkat kali ganda. 
pelbagai kaedah telah saya gunakan...buat peta minda, latih tubi, mentor mentee, topik berfokus, pembentangan, ulang-ulang jawab soalan dan lain-lain. 
Saya selalu berdoa setiap kali solat agar mereka boleh menjawab soalan dalam peperiksaan STPM nanti 
dengan baik, lancar..seterusnya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. 
Walau apa saja orang berbicara tentang mereka, saya tetap yakin mereka mampu 
menjadi pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat...Amiiin!

Pra-U 1 , ada 20 orang ambil PP, dan 4 orang ambil mp PIKOM. 
Agak kelam kabut juga saya mengajar pelajar-pelajar ini...mereka masuk lewat 4 minggu berbanding pelajar-pelajar sekolah lain..dan sukatan pun baru mengalami proses transformasi. 
Walau apapun, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka....